Buah adalah makanan yang manis dan lezat untuk sehari-hari. Kaya mengandung vitamin, air dan lain-lain
Home » Buah Alba , Buah Unik » Informasi Buah Halba

Informasi Buah Halba


Buah Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.

Informasi Buah Halba

Informasi Buah Halba

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjabi.

Sejarah Halba

Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut:
biji halba yang hangus di Tell Halal, Iraq (pentarikhan radiokarbon: 4000 SM);
biji halba yang hangus di kota Lachish (Zaman Gangsa);
biji kering di makam Tutankhamen.

Cato si Lebih Tua menyenaraikan halba bersama-sama dengan klover dan vec sebagai tananam yang ditumbuh untuk makanan lembu (De Agri Cultura, 27). (wikipedia.com) (akubuahsehat)

Incoming search terms Buah Halba:

Informasi Buah Halba
Buah Halba terbaru
Tumbuhan Halba
Buah Halba terbaru
Buah Halba lengkap
Title : Informasi Buah Halba
Link: Aku Buah Sehat
Notes: If you want copy my article, please link to us and press Ctrl + D to bookmark

New :

0 komentar:

Posting Komentar